Isnin, 7 Februari 2011

Kek Keju Jepun


Okeh,..dah lama dan berabuk sudah blog saya ni. Hari ini ada semangat baru untuk menulis. Actually dah lama buat kek ni, dan selalu sgt, sbb orang tempah..thanks la pd yg nempah tu ye..

K lah, saya nak share resepi ni n hope uols get the skills n success mencubanya ya! enjoyss..


Resepi :
250 g krim keju Philladelphia
200 ml susu segar
150 ml yogurt plain
50 g mentega
1 sudu teh paste lemon

40 g tepung halus
40 g tepung gandum
40 g tepung jagung

 6 biji kuning telur
6 biji putih telur + secubit cream of tartar
200 g gula

Cara membuat:
  1. masukkan semua bahan bertulisan merah dalam periuk dan cairkan secara double boil.
  2. dah cair, let it cooll bebeh..
  3. sementara tu, pukul telur kuning dgn 100g gula untill pale ( pucat )
  4. masukkan bancuhan tadi together-gether ya.
  5. masukkan all the tepung n kacau dgn handwhisk sajer. make sure tak berbintil.
  6. pukul putih telur n the rest of gula until 'soft peak'. nak tau camne,, sila google ye.
  7. last, kaup balikkan putih telur dan adunan tadi. 
  8. masukkan ke dalam loyang 9" bulat yg telah dialas. bakar secara bain marie selama satu jam.
saya tak bakar dalam loyang bulat besar. tapi divide to 3 tins utk jualan. semoga berjaya!

Khamis, 17 Jun 2010

Sosej bersos malas

salam..
ada satu lagi hidangan penenang perut..
walau malas, tetap kugagah kan jua menggoreng.
okeh ..
check it out!

bahan-bahan:

  1. 4 keping sosej
  2. 1/2 labu bawang besar
  3. 2 sb sos cili
  4. 1 sb sos tomato
  5. 1/2 sb sos tiram
  6. sedikit bancuhan tepung jagung

cara memasak:

  1. panaskan sikit minyak dalam kuali
  2. goreng bawang yg telah dihiris hingga naik bau
  3. masukkan sosej, goreng hingga matang..hehe
  4. masuk semua sos
  5. last masuk bancuhan tepung jagung.
  6. kuatkan api, sampai kuah pekat.
  7. tutup api dan boleh dibelasah..ahahah

Sambal tahun kerang


Ni lah dia lauk tambahan untuk dikawankan bersama ikan terubuk tadi..
ni makanan orang jawa. Pedas dan lemak.
sapa yang tak tahan pedas tu, kurangkan le cili nye yer..
pepandai la u all adjust..

bahan-bahan:

  1. 1 ketul lengkuas
  2. 1 mangkuk cili api kampung*
  3. 1 biji bawang besar*
  4. 3 ulas bawang putih*
  5. 1 mangkuk santan
  6. sekilo kerang
  7. sedikit udang
  8. garam
  9. gula

    cara memasak

    1. panaskan sedikit minyak dalam kuali
    2. masukkan lengkuas yang telah dihiris.
    3. masukkan bahan yang bertanda * dan telah dikisar. Perasakan.
    4. bila dah terbit minyak, masukkan udang.
    5. kacau sebentar hingga udang merah
    6. last, masukkan kerang yang telah direbus dan dikopek kulitnya.
    7. Siap dan bole makan! hmmmm..

    Rabu, 16 Jun 2010

    Ikan terubuk goreng


    Salam..
    apa khabar sekalian rakyat jelata?
    hari ni, hari yang cerah dan cantik..
    hmm..perut lapar waktu tengahari minta diisi.
    tapi, agak malas untuk memasak lauk yang hebat2..so, terciptalah resepi kilat ini.
    Jom masak!

    Bahan-bahannya:
    1. 1 ekor ikan terubuk ( dibuang sisik )
    2. sedikit garam
    3. sedikit serbuk kunyit
    Cara memasak:
    1. Bersihkan ikan
    2. Lumurkan garam dan kunyit.
    3. Goreng dalam minyak panas.
    4. Kawal api, guna api sederhana supaya tak hangus.
    5. Siap!